Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Dropship

Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Dropship

Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Dropship. Perniagaan jenis dropship bukanlah suatu yang asing sekarang. Konsepnya yang mudah dan menguntungkan menyebabkan ramai yang memulakan perniagaan dengan menggunakan konsep dropship.

Jika anda baru pertama kali mendengar tentang konsep dropship, ia sebenarnya adalah satu perniagaan di mana orang yang menjual tidak perlu menyimpan barang. Barang disimpan oleh pembekal. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah mempromosikan produk tersebut dan sekiranya terdapat tempahan, barulah anda akan membeli barang tersebut dari pembekal dan pembekal akan terus hantar kepada pelanggan anda.

Siapa yang sesuai untuk kerja sambilan di rumah dengan dropship?

  1. Suri rumah yang nak bantu keluarga tambah pendapatan
  2. Pelajar universiti yang nak tambah duit poket
  3. Penganggur yang belum ada kerja tetap 


Ada beberapa cara untuk menjual secara dropship.


Menjual Secara Dropship di media sosial

Ini adalah cara yang paling mudah untuk dimulakan. Anda boleh menjual produk dropship di Facebook, Instagram dan lain-lain media sosial. 

Menjual secara dropship di ecommerce

Anda juga boleh menjual barang di laman web ecommerce seperti di Lazada, Shopee , Ebay secara dropship. Untuk menjual barang di laman ecommerce juga biasanya tidak memerlukan yuran pendaftaran. Anda boleh mendaftar secara percuma dan mula menyenaraikan barang dropship anda di 


Menjual di blog

Anda juga boleh menjual barang di blog anda. Walaubagaimana pun, blog tersebut perlu spesifik untuk produk tersebut. Jika anda nak menjual melalui blog, anda perlu sedikit sebanyak tahu berkenaan Search Engine Optimization (SEO) supaya orang yang mencari barang yang anda jual jumpa blog anda dan membeli dari anda.

Untuk mejadikan blog anda berada di halaman pertama Google juga anda perlu tahu tentang SEO. Apabila blog anda berada di halaman pertama, orang yang menaip produk yang anda jual dengan mudah akan menjumpai blog jualan anda.


Dropship adalah satu peluang untuk semua orang mulakan perniagaan. Walaupun anda tidak perlu menguruskan barang, tetapi anda tetap perlu mengurus dan melayan pelanggan anda dengan baik.
Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Dropship Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Dropship Reviewed by TheHaikal on 7:11 AM Rating: 5
Powered by Blogger.