Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Menjadi Personal Shopper


Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Menjadi Personal Shopper. Anda suka membeli belah secara online? Jika suka, anda memang sesuai untuk menjadi personal shopper. 

Apa itu personal shopper? Ia adalah individu yang membantu orang lain untuk membeli sesuatu barang. Personal shopper biasanya digunakan oleh orang kenamaan untuk membeli sesuatu produk khusus seperti beg tangan berjenama, baju dan lain-lain. 

Tetapi konsep personal shopper ini boleh juga digunakan oleh kita untuk membantu orang lain yang tidak pandai membeli secara online.

Kenapa perlu personal shopper?

  1. Bukan semua orang berani membeli secara online
  2. Bukan semua orang pernah membeli secara online
  3. Membantu mereka yang tak ada online banking
  4. Membantu mereka untuk mencari harga terbaik untuk sesuatu barang
  5. Kebanyakan ecommerce tidak boleh bayar guna cash deposit machine (CDM)


Atas sebab-sebab inilah personal shopper diperlukan. Anda boleh mengambil peluang kerja sambilan di rumah dengan menjadi personal shopper untuk laman web seperti Lazada, 11street, Shopee dan lain-lain laman web.

Siapa yang sesuai untuk kerja sambilan di rumah sebagai personal shopper?

  • Berpengalaman untuk membeli barang secara online
  • Suka membeli barang secara online
  • Tahu mencari penjual yang berkualiti
  • Mempunyai online banking, kad debit atau kad kredit untuk proses pembayaran

Bagaimana cara memulakan kerja sambilan di rumah sebagai personal shopper?

Anda tak perlu untuk mengambil upah daripada orang yang anda tolong. Ini kerana keuntungan akan diperolehi secara automatik dengan menggunakan laman web Shopback. Dengan menggunakan Shopback, setiap kali pembelian di buat akan diberikan cash rebate. 

Sebagai contoh, anda membelikan seseorang telefon pintar berharga RM1500 di Lazada. Dengan menggunakan Shopback, anda akan dapat cash rebat antara 5-10% untuk setiap pembelian. Ini bermakna jika harga telefon pintar RM1500, cash rebat yang anda perolehi boleh mencecah sehingga RM150.


Anda boleh mendaftar dan menggunakan Shopback secara percuma. Anda boleh daftar akaun Shopback di sini.

Anda boleh promosikan perkhidmatan anda kepada rakan-rakan dan juga boleh promosikan di Facebook. Apabila ada orang yang memerlukan bantuan anda untuk membeli barang secara online, mereka perlu bayar kepada anda dahulu (biasanya melalui CDM) dan kemudian barulah anda belikan barang yang diperlukan.

Pastikan barang yang dibeli di alamatkan terus kepada orang yang membeli barang tersebut.

Kerja sambilan di rumah sebagai personal shopper ini memang mudah dan menguntungkan kerana ianya tidak memerlukan sebarang modal permulaan.
Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Menjadi Personal Shopper Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Menjadi Personal Shopper Reviewed by TheHaikal on 7:41 AM Rating: 5
Powered by Blogger.