Kerja Sambilan Di Rumah Sebagai Penulis

Kerja Sambilan Di Rumah Sebagai Penulis

Kerja Sambilan Di Rumah Sebagai Penulis. Jika anda suka menulis, kerja sambilan di rumah ini memang sesuai untuk anda. Kerja sambilan ini tidak memerlukan modal permulaan yang besar dan kebanyakannya boleh dimulakan secara percuma.

Menjadi penulis juga adalah pekerjaan sambilan yang boleh dilakukan di pasaran tempatan dan juga di pasaran antarabangsa.

Tiada kelulusan khas diperlukan untuk menjadi seorang penulis. Apa yang penting anda boleh menulis dengan baik dan difahami.

Kerja sambilan di rumah sebagai penulis juga boleh dimulakan pada bila-bila masa. Jika anda nak mulakan hari ini pun boleh.

Menjadi penulis terdiri daripada 2 bentuk iaitu perdasarkan permintaan ataupun dengan menjadi penulis untuk blog lain.

Ini bermakna, kerja sambilan sebagai penulis boleh dijadikan kerja sambilan yang tetap.


Berapa kadar bayaran kerja sambilan dengan menjadi seorang penulis?


Jika anda memberi perkhidmatan penulisan, kadar harga untuk satu artikel dengan 500 patah perkataan adalah antara RM20-RM30. Katakan jika dalam satu bulan, anda dapat tempahan untuk baut 10 artikel, anda dah dapat RM300 hanya dengan kerja sambilan di rumah sebagai penulis.

Jika dalam selang masa tiada tempahan artikel, anda boleh menulis untuk blog lain dengan kadar bayaran antara RM10-RM25 untuk setiap artikel yang diterima dan di terbitkan. Katakan anda berjaya hantar artikel ke blog lain sebanyak 10 artikel sebulan. Anda akan dapat pendapatan sebanyak RM250 sebulan.

Jumlah yang diperolehi berdasarkan situasi di atas adalah sebanyak RM550.

Biasanya untuk menghasilkan satu artikel, masa yang diperlukan adalah antara 1 hingga 2 jam. Kembali kepada situasi di atas, jika anda hasilkan 20 artikel sebulan, masa yang diperlukan adalah lebih kurang 20-40 jam sahaja sebulan.

Jika anda menawarkan penulisan di peringkat antarabangsa, bayaran adalah lebih tinggi. Ada artikel yang dibayar hingga USD10 (~RM40) untuk satu artikel. Ini sesuai untuk mereka yang pandai dan mahir menulis dalam bahasa inggeris.

Situasi di atas hanya sebagai contoh. Yang penting, lebih banyak anda menulis, lebih banyak pendapatan anda.


Siapa yang sesuai untuk kerja sambilan di rumah sebagai penulis?


  1. Graduan yang masih mencari pekerjaan tetap. 
  2. Surirumah yang nak buat pendapatan sampingan
  3. Pekerja yang nak tambah pendapatan
  4. Pelajar sekolah yang nak duit poket
  5. Pelajar universiti yang nak duit poket tambahan


Siapa sahaja yang nak buat kerja sambilan dan tambah pendapatan boleh memilih untuk menjadi penulis.

Bagaimana nak mulakan kerja sambilan sebagai penulis?

1. Portal Kerja Online

Ilancee. Ini adalah platform untuk kita iklankan perkhidmatan penulisan kita. Sekiranya ada yang berminat, mereka akan order dari perkhidmatan kita di ilancee. Ini adalah platform tempatan.

Fiverr. Ini juga hampir sama seperti ilancee tetapi ini adalah untuk pasaran antarabangsa. Semua perkhidmatan di Fiverr bermula dengan USD5.

Freelance. Laman web ini juga untuk pasaran antarabangsa. Anda boleh mengiklankan perkhidmatan dah juga mendapatkan perkhidmatan di laman web tersebut.

2. Menulis Untuk Blog

Jika anda nak cara yang lebih cepat untuk buat duit dengan menjadi seorang penulis, anda boleh menulis untuk laman web Rencah dan juga Wikicara. Setiap penulisan anda di laman web tersebut akan dibayar RM10-RM30.


Nak panduan komprehensif kerja sambilan di rumah sebagai penulis?

Panduan Antarabangsa Kerja Sambilan di rumah

Jika anda nak kerja sambilan sebagai penulis di pasaran antarabangsa, Jobdirumah adalah panduan untuk anda. Dalam panduan tersebut diajarkan bukan sahaja untuk menjadi penulis, malah ada diberikan segala tunjuk ajar cara untuk mendaftar portal kerja sambilan dan juga memulakan kerja sambila di pasaran antarabangsa.

Panduan Tempatan 

Jika anda serius untuk kerja sambilan di rumah sebagai seorang penulis. Anda boleh dapatkan panduan Rahsia Penulis yang mana akan mengajar kepada anda bagaiman untuk menjana pendapatan sampingan 4 angka dengan menulis. Anda juga akan diberikan panduan percuma gaya penulisan pantas.

Apa yang pasti, kerja sambilan di rumah sebagai penulis adalah satu kerja yang memang terbukti boleh memberikan anda pendapatan sampingan dan boleh mula dilakukan hari ini juga!

Kerja Sambilan Di Rumah Sebagai Penulis Kerja Sambilan Di Rumah Sebagai Penulis Reviewed by TheHaikal on 10:56 AM Rating: 5
Powered by Blogger.