Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Menjawab Survey

Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Menjawab Survey

Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Menjawab Survey. Anda mungkin tertanya-tanya betul ke boleh kerja sambilan dengan hanya menjawab survey? Jawapannya memang boleh. Artikel ini akan bantu anda fahami apa itu survey online dan bagaimana untuk kerja sambilan di rumah dengan hanya menjawab survey.

Survey online sebenarnya dilakukan oleh syarikat-syarikat besar atau pengkaji pasaran untuk melihat respon daripada pengguna. Anda adalah pengguna. Jadi anda juga boleh memberikan pandangan anda berkenaan sesebuah jenama melalui survey yang dijalankan. Dan setiap kali anda memberikan menjawab survey, anda akan diberikan ganjaran sebagai tanda terima kasih atas penyertaan anda dalam kajian tersebut.

Terdapat banyak laman web survey di luar sana. Tetapi anda perlu pilih betul-betul untuk memastikan anda tidak terpilih laman web menjawab survey yang tipu. 

Ada beberapa ciri yang menunjukkan bahawa laman web survey tersebut adalah scam.

1. Perlu bayar untuk sertai

Ketahuilah bahawa tiada satupun laman online survey di Malaysia yang memerlukan anda untuk bayar yuran penyertaan. Ini juga termasuk jika ada laman web yang menyatakan anda perlu bayar kadar tertentu untuk dapat survey online lebih banyak, ia merupakan salah satu bentuk SCAM. 

Semua laman web online survey sepatutnya boleh disertai dengan percuma dan merekalah yang perlu bayar kepada kita selepas kita menjawap online survey.

2. Menjanjikan Pulangan Tetap Setiap Bulan

Online survey bukanlah satu bentuk pelaburan. Ia adalah salah satu bentuk kerja sambilan untuk menambah pendapatan. Kadar survey yang perlu anda jawap juga tidak menentu. Ada kalanya banyak dan ada kalanya sedikit. 

Online survey agak memakan masa untuk dijawab dan juga agak sukar untuk mencapai minimum cashout sekiranya tidak dilakukan dengan konsisten.

3. Laman Web Tidak Meyakinkan

Apabila anda masuk ke dalam sesebuah laman web online survey, perhatikan tentang bentuk laman web dan juga info yang terdapat di dalamnya. Laman web yang SCAM biasanya tidak mempunyai pengenalan kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan susun atur laman web yang kurang professional.

4. Testimonial Yang Terlalu Baik

Zaman sekarang adalah zaman testimonial. Ini adalah kerana orang sekarang lebih percaya kepada 'luahan perasaan' berbanding kajian saintifik atau bukti yang sahih. Oleh itu anda perlu berhati-hati dengan testimonial yang diberikan kerana pada saya testimonial adalah bukti paling lemah untuk membuktikan mana-mana fakta.


5. Bertanya Soalan Peribadi

Semasa mendaftar di laman web survey online, anda perlu melengkapkan butiran peribadi anda. Butiran latar belakang anda diperlukan untuk memastikan survey yang anda terima adalah releven dengan diri anda. 

Tetapi jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi anda seperti no.kad pengenalan anda, no kad kredit anda ataupun akaun bank anda. 

6. Menawarkan hadiah yang tak masuk akal

Ganjaran biasanya diberikan dalam bentuk baucer membeli belah ataupun tunai. Pembayaran tunai pula biasanya melalu Paypal bukannya akaun bank anda. Jika terdapat laman web survey yang menawarkan ganjaran yang telalu lumayan hanya kerana menjawab soalan survey, anda hendaklah berhati-hati. 

Jika terdapat laman online survey yang mempunyai ciri-ciri di atas, anda boleh abaikan laman web tersebut. 

Bagaimana nak mula kerja sambilan di rumah dengan menjawab survey?

Anda boleh baca artikel 5 laman web online survey yang sah di sini. Apa yang paling penting adalah laman web survey online sepatutnya PERCUMA untuk di sertai. Mereka yang perlu membayar kepada anda kerana anda memberi pendapat tentang jenama mereka. 

Anda juga boleh menyetai laman web Panel untuk online survey seperti Panel Place dan juga Panel Station. Laman web ini akan mencari laman web yang sah untuk anda. Anda hanya perlu daftar secara percuma dan laman web ini akan senaraikan laman web survey online yang sah.

Apabila anda selesai mendaftar, anda akan dikehendaki untuk mengisi maklumat diri. Ini bertujuan supaya sistem dapat mengenalpasti peserta yang sesuai untuk sesebuah survey. Jika terdapat survey yang sesuai dengan biodata anda, link survey akan dihantar kepada anda melalui emel.


Berapa pendapatan daripada kerja sambilan di rumah dengan online survey?

Menjawab survey online tidak memberikan pulangan yang pantas. Jika anda nak kerja sambilan di rumah yang memberi pulangan yang pantas, adalah lebih baik anda lakukan kerja sambilan di rumah sebagai penulis

Ini kerana setiap kali anda menjawab survey anda hanya diberikan beberapa ringgit atau mata untuk dikumpulkan sehingga mencapai nilai minimum untuk ditunaikan.

Ada juga yang memberikan ganjaran kerja sambilan menjawab survey ini dengan baucer tunai seperti baucer KFC ataupun baucer membeli belah lain.

Tetapi yang pasti anda boleh menjana pendapatan sampingan di rumah dengan menjawab survey. Anda juga tidak akan rugi kerana tiada modal diperlukan untuk memulakan kerja sambilan di rumah dengan menjawab survey ini.
Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Menjawab Survey Kerja Sambilan Di Rumah Dengan Menjawab Survey Reviewed by TheHaikal on 3:20 PM Rating: 5
Powered by Blogger.